Perak Hari Ini

“Kenyataan tersebut tidak wajar dibuat” – Tajuddin

TELUK INTAN: “Kenyataan mengenai dakwaan terdapat usaha-usaha yang ingin menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah satu tindakan yang tidak wajar dilakukan,” kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

Beliau berkata demikian ketika diminta untuk mengulas berhubung terdapat dakwaan mengenai wujudnya konspirasi yang ingin menjatuhkan Perdana Menteri.

Beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO berkata, kenyataan tersebut tidak seharusnya dibuat berikutan ia mampu memberi kesan negatif kepada semua pihak.

“Saya rasa, kenyataan itu tidak wajar dibuat kerana itu akan menimbulkan suasana yang tidak selesa di kalangan pemimpin, ahli-ahli parti dan juga rakyat jelata.

“Ia juga akan mewujudkan suasana yang mampu menggugat kestabilan politik negara.

“Apabila itu berlaku, ia akan menjejaskan ekonomi, kepercayaan dan keyakinan orang luar serta pelabur asing dalam negara kita ini,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini, hari ini.

Tambahnya, sebarang kenyataan yang dibuat hendaklah disertakan dengan bukti yang kukuh.

Tegasnya, pihak yang berkenaan seharusnya memikirkan kesan yang akan berlaku sebelum kenyataan tersebut dilakukan.

“Mereka perlu fikir apa kesannya apabila membuat kenyataan seperti itu dan apa tujuan untuk mendedahkan adanya usaha-usaha atau gerakan yang ingin menjatuhkan PM?

“Dia tak fikir ke perkara itu akan menimbulkan keresahan di kalangan orang ramai, ahli parti dan juga pemimpin serta akan mewujudkan krisis keyakinan kepada pemimpin, kerajaan yang dipimpin oleh Perdana Menteri tiu sendiri,” tambah beliau lagi.

Terdahulu, media tempatan melaporkan, terdapat dakwaan wujudnya konspirasi untuk melumpuhkan proses demokrasi serta menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar tidak menolak kemungkinan wujudnya konspirasi berkenaan serta menegaskan bahawa perbuatan jenayah itu sangat serius dan mampu memberikan kesan kepada keselamatan negara.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");