Panasnya Hari Ini

Khairy Berqiamulail Bersama 700 Mahasiswa

KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berqiamulail bersama-sama 700 pelajar daripada tujuh Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta dalam program Qiamulailail Perdana 2015 anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (PPUM).

Khairy Jamaluddin yang juga Ketua Pemuda UMNO berkata, dalam kesibukan membincangkan isu politik dan isu semasa, anak muda juga  perlu memperkuatkan nilai spiritual dan keagamaan masing-masing.

IMG_9848

“Dalam kesibukan kita membincangkan isu politik dan ekonomi semasa, kita seharusnya terus-menerus mengajak anak muda memperbaiki dan memperkuatkan nilai spiritual serta keagamaan masing-masing.

“Kami berterima kasih kepada kesemua peserta dan pihak pengurusan dari tujuh IPT awam dan swasta yang telah mengambil bahagian untuk menghidupkan malam-malam terakhir Ramadhan kita tahun ini,”katanya.

IMG_9850

Khairy kemudiannya bersama-sama barisan ahli jawatankuasa kemudiannya bersahur di perkarangan masjid bersama jemaah lelaki.

Para peserta yang hadir juga turut menerima sumbangan hari raya daripada PPUM sebelum majlis berakhir dengan solat subuh berjemaah.

IMG_9851

Program Qiamulail tersebut diadakan di Masjid Saidina Abu Bakar, Bangsar pada Sabtu lalu.

Turut hadir ke program berkenaan adalah Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun dan barisan ahli jawatankuasa sayap Pemuda UMNO.

IMG_9852

Antara IPT yang terlibat termasuklah daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Malaya (UM), Kolej Polytech Mara (KPTM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Taylor’s College, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");