Panasnya Hari Ini

Kit Siang Desak Tubuh RCI, Siasat Insiden Di Low Yat

KUALA LUMPUR: Pemimpin Veteran DAP, mendesak agar sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan bagi menyiasat insiden yang berlaku di Plaza Low Yat, hujung minggu lalu.

Katanya lagi, beliau turut menyokong kenyataan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, bahawa insiden tersebut tidak sepatutnya berlaku.

“Kita perlu suarakan kebimbangan apa yang berlaku di Low Yat, seperti kata Mahathir, rusuhan di Low Yat tidak patut berlaku, saya sokong, terutama lagi ketika Ramadhan.

“Ini bermula sebagai jenayah mengenai telefon kemudian jadi insiden perkauman. Ini pertama kali sejak beberapa dekad dan sama ada kita pandang ringan atau serius,”katanya, memetik laporan Malaysian Insider.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan ke Plaza Low Yat, di sini pagi tadi.

Katanya lagi, dengan penubuhan RCI, kerajaan akan dapat mengenalpasti punca permasalahan kaum di negara ini dan dapat mencari jalan untuk menyelesaikannya.

“Supaya kita boleh adakan ‘blueprint’, dan supaya ia tidak akan berulang lagi.

“Kita boleh tangkap beberapa orang, tapi kita nak tahu isu akar umbinya,”tegasnya.

Lim turut berkat,a meskipun kerajaan telah melakukan pelbagai kempen untuk menyatukan rakyat Malaysia, namun usaha itu dilihat kurang berkesan kerana insiden perkauman seperti itu masih berlaku.

“Insiden ini mengingatkan saya tentang tragedi 13 Mei, sama seperti di sini, bagaimana kes kecil jadi isu besar,”katanya.

Kejadian 13 Mei adalah satu tragedi berdarah yang berlaku pada tahun 1969 yang melibatkan kaum Melayu dan Cina.

Lim juga dikatakan pencetus kepada tragedi tersebut selepas ‘kencing’ di tiang bendera di hadapan rumah bekas Menteri Besar Selangor ketika itu, Datuk Harun Idris.

Lim bagaimanapun mengatakan perkara itu adalah fitnah kerana ketika kejadian tersebut, beliau berada di Sabah.

Insiden yang berlaku di Low Yat dikatakan berpunca apabila seorang anak muda didakwa mencuri sebuah telefon bimbit di pusat membeli belah berkenaan.

Kejadian kejar mengejar telah berlaku dan suspek berjaya ditangkap oleh peniaga telefon bimbit di kedai lain.

Bagaimanapun, suspek dan rakan-rakannya kembali ke Low Yat dan menyerang kedai di mana pekerjanya telah membantu menangkap suspek.

Kemuncak kepada insiden itu terjadi apabila pergaduhan telah tercetus diantara dua kumpulan, hanya beberapa jam selepas polis mengarahkan kumpulan tersebut bersurai.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");