Isu Panas
Like

Kit Siang Tidak Tolak Kemungkinan Bersatu Semula Dengan PAS

July 7, 2015
51 Views
0 Comments
1 minute read
Kit Siang Tidak Tolak Kemungkinan Bersatu Semula Dengan PAS

KUALA LUMPUR: DAP tidak menolak kemungkinan akan bersatu semula dengan PAS buat kali keempat pada pilihanraya akan datang.

Memetik laporan Malaysiakini, pemimpin veteran parti itu, Lim Kit Siang menyatakan, meskipun DAP telah mengisytiharkan Pakatan Rakyat telah terkubur, namun parti itu berkemungkinan akan bersatu semula dalam pilihan raya umum yang akan datang.

Walaubagaimanapun, DAP menyatakan bahawa PAS perlu memberi komitmen yang baik terhadap dasar-dasar bersama yang telah dipersetujui dalam Pakatan.

“Jika PAS tidak bersedia untuk ini, saya tidak rasa mereka akan terlibat sama,” katanya lagi menerusi wawancara yang dilakukan dengan Malaysiakini pada Khamis.

Terdahulu, kerjasama kedua-dua parti tersebut telah bermula sejak tahun 1980 melalui Gagasan Rakyat dan pada tahun 1990 melalui Barisan Alternatif.

Namun begitu, pada tahun 2008, kedua-dua parti itu sekali lagi bergabung untuk membentuk Pakatan Rakyat, bersama-sama dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Kerjasama politik yang telah dibentuk pada tahun 2009 menyaksikan ketiga-tiga parti pembangkang itu telah membentuk dasar bersama yang telah ditandatangani oleh Lim Kit Siang, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Bagaimanapun, hubungan PAS dan DAP sentiasa mempunyai masalah apabila isu hudud di Kelantan yang menyaksikan kedua-dua parti tersebut saling bercakaran.

Kemuncak kepada pergelutan kedua-dua parti itu berlaku dalam muktamar PAS yang lalu, di mana PAS telah membuat keputusan untuk memutuskan hubungan politik dengan DAP sehinggakan DAP kemudiannya mengumumkan bahawa Pakatan Rakyat telah terkubur.

Komen & Pendapat

Leave a Reply