Perak Hari Ini

KKGP Salur Bantuan Aidilfitri

GERIK: Mangsa banjir dan pelajar kurang berkemampuan antara yang terpilih bagi menerima sumbangan daripada Kolej Komuniti Gerik (KKGP) untuk meringankan beban mereka menyambut Aidilfitri kali ini.

Pegawai Penerangan Kolej KKGP, Raihan Mokti, berkata, sumbangan dan bantuan ini diberikan untuk meringankan beban pelajar dan mangsa banjir.

“Bantuan dan sumbangan diberikan kepada mangsa banjir dan pelajar kolej komuniti yang kurang berkemampuan.

“Secara tidak langsung dapat meringankan beban mereka dan membantu persiapan mereka menjelang Aidilfitri yang akan tiba”, katanya.

Penyampaian Sumbangan Langsir oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Kenering

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Berbuka Puasa Bersama Pemimpin Masyarakat yang dianjurkan dengan kerjasama Kolej Komuniti Wilayah Perak dan Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti (JPKK), semalam.

Majlis berbuka puasa tersebut telah dirasmikan oleh Pengarah Kolej Komuniti Gerik Yusop Paal, bersama-sama YB Dato’ Mohd Tarmizi Idris, Ahli Dewan Undangan Negeri Kenering.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Kolej Komuniti Gerik dan pengarah-pengarah Kolej Komuniti Wilayah Perak.

Katanya lagi, penganjuran majlis berbuka puasa pada tahun ini juga sedikit berbeza dengan sumbangan yang dilakukan.

“Pada tahun ini kita memberi sumbangan berbentuk tangan robotik dengan kepada Mohammad Firdaus Eswan, bekas pelajar komuniti Segamat yang mengalami kemalangan serta kehilangan upaya kekal.

“Pemberian sumbangan ini mendapat kerjasama Kolej Komuniti Teluk Intan, Myvista dan RHM”, katanya beliau.

Menurutnya lagi, KKGP juga turut mendapat kerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan, Pertubuhan IKRAM Negeri Perak juga merupakan satu inisiatif dalam membantu kolej komuniti terutamanya dalam negeri ini.

Penyampaian Tabung Untuk Mu Palestin  oleh Zulkifli Kamaruddin, Pengarah Kolej Komuniti Sungai Siput (kiri) menyampaikan sumbangan Tabung palestin kepada wakil Pertubuhan Ikram

Raihan turut berkata, Kolej Komuniti Gerik juga mengambil inisiatif dengan melancarkan Tabung Untuk Mu Palestin.

“Kutipan daripada tabung ini telah memperoleh sebanyak Rm 4,000 dan ianya telah disampaikan kepada wakil Pertubuhan Ikram,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");