Berita Hari Ini

Lantikan PAC akan lengah siasatan 1MDB

SHAH ALAM – Lantikan beberapa nama ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dalam Kabinet bakal melambatkan proses siasatan berkenaan 1Malaysia Developmet Berhad (1MDB).

Penganalisis politik, Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, ini kerana ahli PAC tidak boleh lagi memegang jawatan dalam jawatankuasa itu dan perlu menunggu lantikan baharu pada sidang Parlimen akan datang.

“Perlu diingatkan bahawa ahli PAC tidak boleh terlibat dengan pentadbiran negara. Sebagai contoh sebelum ini Pengerusi PAC, Datuk Nur Jazlan Mohamed merupakan individu berkecuali dan hanya ahli parlimen.

“Siasatan ini sedikit lambat kerana orang yang bakal dilantik menganggotai PAC perlu meneliti semula semua dokumen berkenaan 1MDB,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, siasatan yang sedang dilakukan oleh PAC tidak perlu dimulakan semula kerana sudah banyak maklumat diperolehi.

“Kredibiliti PAC sebagai sebuah badan berkecuali yang menyiasat pelbagai isu membabitkan kerajaan dan agensi tidak perlu dipertikai.

“Kalau dimulakan semula proses siasatan, ia akan memakan masa yang lebih panjang. Biar individu yang akan ambil alih menyambung proses tersebut,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, ahli PAC perlu menerima lantikan ke dalam Kabinet seperti yang diumumkan Perdana Menteri.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");