Panasnya Hari Ini

Lebih Banyak Subsidi Akan Dikurangkan

Foto:-Free Malaysia Today

KUALA LUMPUR:Kerajaan dijangka akan melaksanakan lebih banyak potongan subsidi melibatkan petrol, gas cecair petroleum dan minyak masak dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Seri Mohd Irwan Serigar Abdullah berkata, selain pemotongan subsidi itu juga, kerajaan akan turut mengurangkan hutang perumahan kakitangan kerajaan yang mencecah berbilion ringgit.

“Ini membantu kita untuk terus mengukuhkan serta meneruskan usaha-usaha yang telah dilakukan selama ini di sebalik segala cakap-cakap yang tidak senang dengan langkah tersebut.

“Saya sifatkan cakap-cakap belakang itu adalah sesuatu yang sementara,”katanya, dalam satu temuramah yang dijalankan oleh Bloomberg, memetik laporan Free Malaysia Today.

Katanya, walaupun langkah itu kurang popular di saat imej Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tercalar berikutan dakwaan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), namun ia perlu dilakukan sebagai langkah untuk mengukuhkan kedudukan fiskal kerajaan.

“Kita tidak mampu untuk memberikan subsidi selamanya.

“Pada satu peringkat, terdapat terlalu banyak subsidi sehingga system kerajaan sudah tidak mampu untuk menanggungnya,”jelasnya.

Kata beliau lagi, keputusan Fitch Ratings untuk menyemak naik penarafan Negara telah membuka ruang kepada Negara untuk melaksanakan pengukuhan fiskal.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");