Sukan Hari Ini
Like

Liga Perdana Inggeris: Falcao Sah Ke Chelsea

July 4, 2015
52 Views
0 Comments
41 seconds read
Liga Perdana Inggeris: Falcao Sah Ke Chelsea

LONDON: Penyerang Colombia, Radamel Falcao akan bermain bersama skuad Jose Mourinho secara pinjaman untuk tempoh setahun.

Chelsea dan Monaco mengesahkan perkara ini dengan mengumumkannya di Twitter, awal pagi Sabtu.

“Saya sangat gembira dapat menyertai Chelsea dan tidak sabar untuk menyertai latihan dengan sasaran untuk membantu mengekalkan kejuaraan liga dan berjaya dalam saingan di Eropah,” kata Falcao dalam laman web kelab EPL itu.

Pemain berusia 29 tahun itu menyertai Manchester United secara pinjaman pada musim lalu dan berjaya menjaringkan empat gol daripada 29 aksi.-mstar

Komen & Pendapat

Leave a Reply