Isu Panas, Panasnya Hari Ini

Lim Kit Siang Kenal Siapa Saya – A. Samad Said

KUALA LUMPUR: Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said menyatakan bahawa Penasihat DAP, Lim Kit Siang merupakan individu yang paling mengenalinya berbanding rakan-rakannya yang berbangsa Melayu.

Memetik laporan daripada Mstar, beliau berkata, Kit Siang merupakan seorang rakan yang paling memahami diri dan perjuangannya.

“Ada teman yang faham, ada teman yang tak faham.

“Tapi yang paling kenal diri saya adalah Lim Kit Siang. Kami sama-sama kerja sebagai wartawan pada tahun 60-an dulu,”katanya ketika berucap di Majlis Berbuka Puasa Bersih 2.0, semalam,.

Terdahulu, beliau yang lebih dikenali sebagai Pak Samad telah menyertai parti DAP pada Jun lalu untuk membela nasib rakyat.

Beliau yang kini berusia 83 tahun telah cuba untuk mencari kelainan dengan menyertai politik secara langsung selepas hampir 60 tahun mengabdikan diri dalam bidang penulisan.

“Terakhir, saya cari jalan sedikit lain. Saya kata kepada Lim Kit Siang orang selalu ambil ‘news blood’, tapi ini ambil ‘old blood’.

“Tidak apa-apa, saya cuma mahu berkhidmat kepada rakyat. DAP mempunyai impian yang sesuai dengan diri saya,” tambahnya lagi.

Keputusan beliau untuk menyertai DAP telah mendapat perhatian dua penceramah bebas, Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah dan Presiden Ikatan Muslim Malaysia (ISMA), Abdullah Zaik Abd Rahman yang mendakwa, penyertaan beliau ke dalam parti itu merupakan ‘penghalang’ untuk beliau masuk ke syurga.

“Ada dua orang ini yang ‘halang’ saya masuk syurga, itu tak apa.

“Saya hanya tak mahu sia-siakan usia saya ini,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");