Laporan Eksklusif
Like

Mahathir Individu Utama Pembohongan – Najib

July 4, 2015
116 Views
0 Comments
1 minute read
Mahathir Individu Utama Pembohongan – Najib

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad merupakan individu utama di sebalik pembohongan yang dilakukan oleh beberapa media tempatan dan antarabangsa.

Najib mendakwa, ianya berkemungkinan berikutan keegganan beliau untuk tunduk kepada keinginan Tun Mahathir supaya beliau meletak jawatan sebagai Perdana Menteri.

“Saya percaya, Tun bekerjasama dengan bangsa asing, termasuklah serangan politik blog Sarawak Report yang tidak boleh dipercayai, berada di belakang pembohongan terbaharu ini.

“Keengganan saya mengikut kehendak beliau kerana saya tidak mahu Malaysia diperintah melalui proksi,”katanya melalui catatan terbaharu di laman Facebook Najib Razak, semalam.

Terdahulu, Najib telah menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Wall Street Journal dan Sarawak Report yang mendakwa ada dana telah dipindahkan ke dalam akaun bank peribadinya.

Kedua-dua laman berita itu memetik mereka memperoleh dokumen yang bocor ddan seorang penyiasat yang tidak dikenali.

Najib percaya, pembohongan dan pendakwaan yang dilakukan ini adalah bertujuan untuk menjatuhkan beliau sebagai Perdana Menteri yang telah dipilih oleh rakyat.

Pejabat Perdana Menteri juga telah mengeluarkan kenyataan supaya media tempatan tidak harus menerima sebarang dokumen sebagai tulen, kecuali ianya telah disahkan oleh pihak berkuasa.

Komen & Pendapat

Leave a Reply