Jenayah

Makan malam terakhir

JENGKA – Kesempatan suami isteri menikmati makan malam bersama ibu (sebelah suami) menjadi hidangan terakhir mereka apabila keduanya maut dalam satu kemalangan di Kilometer 33.5 Jalan Temerloh-Bandar Jengka kira-kira jam 10.40 malam, kelmarin.

Dalam kejadian berdekatan Felda Jengka 18 itu, Ramli Mamat, 59, yang juga pemandu kereta jenis Perodua Kenari mengalami kecederaan parah di kepala dan badan meninggal dunia di tempat kejadian.

Isterinya, Are Yusof@Atan, 52, disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS), Temerloh.

Manakala ibu mangsa, Asiah Sulong, 74, turut parah dan kini menerima rawatan di hospital sama.

Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Superintendan Mat Rizal Mat Radzi berkata, kenderaan dinaiki tiga beranak itu dalam perjalanan pulang ke Jengka 18 selepas makan malam di Bandar Tun Abdul Razak Jengka.

Menurutnya, tiba di lokasi kejadian, kereta mereka bertembung dengan sebuah kereta Proton Persona arah bertentangan dipandu seorang doktor yang difahamkan dari HoSHAS menuju ke Hospital Jengka kerana menerima panggilan kecemasan.

“Kejadian dipercayai berlaku apabila Persona berkenaan jatuh ke kiri jalan sebelum naik semula ke atas jalan raya dan masuk ke laluan bertentangan.

“Pada masa yang sama sebuah Kenari dinaiki tiga beranak itu tidak sempat mengelak lalu berlaku pertembungan.

“Pemandu Persona hanya mengalami kecederaan ringan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");