Sukan Hari Ini
Like

Manchester United Kempunan Dapatkan Sergio Ramos

July 28, 2015
65 Views
0 Comments
54 seconds read
Manchester United Kempunan Dapatkan Sergio Ramos

MACHESTER United terpaksa melupakan hasrat untuk mendapatkan Sergio Ramos apabila pemain itu bakal menandatangani lanjutan kontrak bersama Real Madrid dalam tempoh terdekat.

Daily Mail melaporkan, sumber terdekat dengan kepimpinan tertinggi Real Madrid mendedahkan, Ramos telah menemui Preisden kelab, Florentino Perez di China untuk berbincang mengenai kontrak itu.

Hasil perbincangan, kedua-dua pihak dikatakan telah mencapai kata sepakat yang akan membawa Ramos menandatangani lanjutan kontrak bersama Real.

Berita itu bukan sahaja mengecewakan United tetapi penjaga gol utama kelab itu, David de Gea yang mengharapkan Ramos dijadikan pertukaran untuk dia ke Real.

Real mula mengurangkan minatnya untuk mendapatkan De Gea selepas kelab itu berjaya mendapatkan Kiko Casilla selain mempunyai Keylor Navas.-mstar

Komen & Pendapat

Leave a Reply