Berita Hari Ini

Mara Sedia Jual Hartanah Di Melbourne

KUALA LUMPUR: Majlis Amanah Rakyat (Mara) tidak akan teragak-agak untuk menjual empat hartanah di Melbourne yang dibeli oleh cabang pelaburannya iaitu Mara Inc jika menerima tawaran yang baik, kata Tan Sri Annuar Musa.

Pengerusi Mara itu berkata, tiada masalah untuk mereka menjual hartanah itu kerana ia sememangnya dibeli untuk tujuan pelaburan.

“Pembelian hartanah adalah untuk pelaburan dan jika kita mempunyai pembeli yang ingin membeli pada harga yang lebih tinggi, maka kita akan menjual,” katanya pada sidang media di ibu pejabat Mara pada Rabu.

Mengambil contoh pangsapuri Atelier di London, Annuar berkata Mara telah memutuskan untuk menjual aset itu selepas disahkan ia akan menghasilkan keuntungan.

“Jika kita boleh membuat keputusan untuk menjual Atelier maka mengapa tidak ia turut dilakukan di Melbourne? Kami akan menjual jika kita boleh mendapatkan keuntungan tetapi ia perlu mengikut prosedur,” katanya.

-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");