Sukan Hari Ini

Marquez ungguli GP Jerman

Sachsenring, Jerman: Catatan gemilang juara dunia dua kali, Marc Marquez di litar Sachsenring berterusan apabila dia menjuarai GP Jerman malam tadi yang juga kejayaan keduanya musim ini.

Pemandu berusia 22 tahun dari Sepanyol itu yang menang perlumbaan keenam dalam tempoh enam tahun di litar berkenaan, mengatasi rakan sepasukannya di Honda, Dani Pedrosa sambil pendahulu kategori pelumba, Valentino Rossi di tempat ketiga dengan jentera Yamaha.

Rossi yang memburu gelaran ke-10 dan ketujuh dalam kategori 500cc/MotoGP, melebarkan pendahuluan berbanding rakan sepasukannya, Jorge Lorenzo yang sekadar menduduki tangga keempat.

Perlumbaan bakal direhatkan selama tiga minggu dan aksi berikutnya bakal berlangsung di litar Indianapolis. – AFP
– http://www.hmetro.com.my

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");