Sukan Hari Ini

Mata pertama lonjak semangat Alonso

Silverstone, United Kingdom: Fernando Alonso (gambar) akhirnya mengutip mata pertama untuk pasukan sedang bergelut, McLaren selepas menamatkan perlumbaan di tempat ke-10 Grand Prix British kelmarin.

Bagaimanapun, Alonso menegaskan, ia bukanlah masanya untuk meraikan kejayaan itu kerana dia mahu jenteranya lebih berdaya saing kepada satu tahap lebih baik selain kecewa dengan saingan di pusingan awal semalam yang menyaksikannya terbabit dengan insiden kemalangan sehingga terlanggar rakan sepasukannya Jenson Button.

“Situasi kelam kabut berlaku di selekoh ketiga. Dua jentera Lotus begitu agresif dan menyentuh antara satu sama lain.

“Akibat mahu mengelak terbabit dengan insiden itu, kereta saya berpusing dan terlanggar Button. Banyak juga pemandu yang gagal menamatkan perlumbaan.

Button, juara dunia 2009 berkata: “Berlaku insiden membabitkan dua kereta dan Alonso cuba untuk mengelak daripada terbabit dengan insiden itu.

“Saya rasa tayar Alonso me
langgar tayar saya. Akibatnya, saya tidak mempunyai pilihan lain selain tidak dapat meneruskan perlumbaan.”

Sementara itu, Alonso tetap memuji rakan sepaksukan kerana bekerja keras untuk membolehkannya meraih satu mata.

“Kutipan mata ini menaikkan semangat kepada rakan sepasukan serta mereka yang bekerja keras dari siang ke malam.

“Pada awalnya kami gagal mengutip mata apabila berada di kedudukan ke-11, tetapi sebaik hujan, saya berjaya memperbaiki kedudukan di tempat ke-10.

“Bagi saya, penamat ke-10 itu bukanlah yang terbaik. Kami mahu muncul selaku juara dunia dan ia menuntut kerja keras dan disiplin tinggi.

“Kami sedar pasukan ini mempunyai perancangan jangka panjang dan tiada jalan penyelesaian secara cepat. Setiap kejayaan meraih mata adalah cukup penting,” katanya. – AFP

– http://www.hmetro.com.my/

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");