Sukan Hari Ini

Matteo Darmian sah milik Manchester United

MANCHESTER, 12 Julai:

Manchester United telah selesai menandatangani pertahanan kanan Itali, Matteo Darmian dari Torino, pada Sabtu.
Pemain berusia 25 tahun itu dilaporkan ESPN bernilai £12.9 juta, dengan kontrak empat tahun bersama pilihan untuk melanjutkannya sehingga 2020.

Darmian tiba di England pada Jumaat dan lulus ujian perubatan dan mengisytiharkan langkah beliau ini sebagai ‘mimpi yang menjadi kenyataan’.

Sementara itu, dengan rasminya pembelian ini menjadikan Darmian sebagai pemain kedua yang diikat United selepas ketibaan Memphis Depay dari PSV Eindhoven.

Desas-desus sebelum ini akan menjadi rasmi tidak lama lagi apabila, pemain ketiga yang bakal menjadi pemain baru Unied, kapten Jerman Bastian Schweinsteiger setelah United dan Bayern Munich dikatakan telah mencapai persetujuan.

Pengurus United, Louis van Gaal menekankan keupayaan serba boleh dan kelebihan serangan yang dimiliki Darmian antara sebab mengapa beliau menandatangani bekas pemain Palermo ini.

“Matteo datang dengan kepelbagaian dan juga dapat bermain di sebelah kiri.

“Dia adalah pemain pertahanan yang kuat dan mempunyai keupayaan untuk pergi ke hadapan dalam kedudukan menyerang yang merupakan sifat yang hebat untuk dimiliki dalam Liga Perdana Inggeris.

“Matteo akan menjadi tambahan yang besar untuk pasukan. Saya gembira dan mengalu-alukan Matteo bersama kelab dan berharap untuk bekerjasama dengan beliau pada hari-hari yang akan datang,” kata Van Gaal kepada laman web rasmi Manchester United yang dipetik daripada ESPN.

Darmian, yang memiliki 13 caps bersama Itali dan mempamerkan aksi mengagumkan dalam kempen Piala Dunia 2014 mereka, berkata beliau tidak sabar untuk bermain untuk Van Gaal.

“Ia adalah impian yang menjadi kenyataan yang akan menyertai Manchester United,” katanya.

Ketibaan Darmian menandakan pencarian panjang Van Gaal untuk posisi pertahanan kanan berakhir, di mana pemain sayap Antonio Valencia diisi bagi majoriti perlawanan musim lalu.

Rafael da Silva, yang tidak berada dalam kesebelasan utama United liga sejak Oktober, kini dijangka meninggalkan Old Trafford dengan Galatasaray, Fiorentina dan Napoli semua dilaporkan berminat dengan pemain Brazil itu.

Darmian dijangka menjadi sebahagian daripada skuad United yang akan ke Amerika Syarikat pada Isnin untuk jelajah pramusim mereka.

-http://bm.therakyatpost.com/

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");