Jenayah

Maut langgar belakang kereta

KLUANG: Seorang pekerja ladang maut selepas motosikal ditunggang melanggar bahagian belakang sebuah kereta di Kilometer 75.5 Jalan Kota Tinggi-Kluang, dekat sini, malam tadi.

Kejadian kira-kira jam 12.10 pagi itu menyebabkan mangsa, Mohamad Nor Helmy Ahmad Buhari, 19, yang berasal dari Felda Ulu Penggeli, Kluang, meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohamad Laham berkata, motosikal jenis Kawasaki ditunggang Mohamad Nor Helmy berada dalam laluan sama dengan kereta jenis Mercedes dipandu Mohd Sallehuddin Jalil, 32, menuju ke arah Kota Tinggi.

“Apabila sampai di tempat kejadian, mangsa yang mengikut rapat kereta itu dipercayai gagal mengawal motosikal lalu melanggar bahagian belakang kereta itu.

“Penunggang meninggal dunia di tempat kejadian disebabkan kecederaan teruk dan dibawa ke Hospital Enche Besar Hajjah Kalsom untuk dibedah siasat,” katanya.

Mohamad berkata, pemandu kereta yang bekerja sebagai pemandu lori dari Felda Bukit Tongkat bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Beliau berkata, ketika kejadian cuaca baik namun, lokasi jalan lurus dua hala itu gelap kerana tiada lampu dan kes disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");