Panasnya Hari Ini

Mereka Hanya ‘Pelakon’ – Abdul Hadi

KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan beberapa individu yang menjadikan parti itu sebagai platform untuk meraih jawatan dan pangkat adalah ‘pelakon’.

Katanya lagi, individu-individu tersebut akan tenggelam mengikut kehendak Allah.

“Sesiapa yang tidak istiqamah di atas aqidah, dasar dan matlamat pasti berundur, melompat, terlompat atau dilempar keluar daripada jemaah.

“Sesiapa yang mengubah PAS lain daripada ketetapan Allah tersebut, pasti tenggelam mengikut ketetapan Allah juga,”katanya, memetik laporan Mstar.

Terdahulu, bekas Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Khalid Abdul Samad telah mengesahkan bahawa semua pempimpin PAS yang terlibat dalam penubuhan parti baharu, Gerakan harapan Baru (GHB) akan meninggalkan PAS apabila GHB ditubuhkan secara rasmi pada 14 September kelak.

GHB diketuai oleh bekas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan turut dianggotai oleh beberapa bekas pemimpin bas yang tewas pada muktamar lalu.

Hadi turut memuji sikap ahli parti tersebut yang masih setia berjuang tanpa mengharapkan pangkat, jawatan atau kedudukan meskipun parti tersebut sedang berhadapan dengan masalah dalaman.

“Kumpulan yang ikhlas bersama PAS daripada semua peringkat dan lapangan, mereka bukan sahaja berhubung dengan manusia, bahkan dengan Allah siang dan malam.

“Ini termasuklah yang dianggap bodoh tetapi tidak lupakan Allah siang dan malam, yang kaya menyumbang harta dan yang alim serta bijak menyumbang ilmu serta kemahiran.

“Kesemua mereka tetap dengan pendirian walaupun tidak dipilih dalam mesyuarat agong atau muktamar. Mereka tidak dicalonkan dalam pilihanraya dan tidak mendapat projek dan balak, tetapi tidak merajuk dan terus beristiqamah,”katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");