Sukan Hari Ini

Mexico cemas

Phoenix: Impian Mexico untuk menyerlah di Piala Emas CONCACAF sedikit tergugat apabila sekadar seri tanpa jaringan ketika menentang Guatemala dalam aksi Kumpulan C.

Mexico turun dengan harapan untuk menempah tiket ke suku akhir tetapi mereka perlu menunggu keputusan perlawanan terakhir menentang Trinidad & Tobago jika dapat terus melangkah.

Mexico menguasai sebahagian besar perlawanan tetapi penjaga gol Guatemala Paulo Motta bijak menyelamatkan gawangnya terutama dua hantaran lintang yang menghidangkan peluang terbaik buat Mexico.

Keputusan seri Mexico-Guatemala di Stadium Universiti Phoenix di Arizona sangat mengejutkan Mexico yang pertama kali tidak menjaringkan gol sepanjang 32 aksi Piala Emas.

Peluang terbaik dimiliki Hector Herrera untuk memberikan pendahuluan buat Mexico tetapi rembatan kaki kanannya pada minit ke-86 terkena palang gol.

Andres Guardado, pada babak pertama dan Oribe Peralta pada minit ke-75 turut berpeluang menghasilkan jaringan tetapi setiap kali itulah, Motta tiba untuk menyelamatkan keadaan.

Guatemala yang menewaskan Mexico dua kali sepanjang 42 tahun lalu, beraksi dengan 10 pemain pada 14 minit terakhir. Mereka kini berada di tempat ketiga dan bakal berdepan Cuba pada aksi terakhir peringkat kumpulan.

Nasib tidak baik sering mengiringi Cuba di dalam saingan Piala Emas dan tidak terkecuali edisi kali ini.

Cuba yang kembali dibimbing jurulatih Raul Gonzalez Triana serta lima pemain yang tidak dapat beraksi ketika tewas 6-0 di tangan Mexico gara-gara masalah visa sebelum ini, berdepan satu lagi masalah berkaitan visa membabitkan penolong jurulatih serta seorang pemain.

– http://www.hmetro.com.my/

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");