Berita Hari Ini

Mohd Salleh letak jawatan speaker DUN Sabah

Kota Kinabalu: Datuk Seri Dr Mohd Salleh Said Keruak, 58, meletak jawatan sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah berkuat kuasa serta-merta, di sini, hari ini.

Beliau yang ditemui di rumahnya dilihat menandatangani surat peletakan jawatan tersebut selepas dilantik menjadi Menteri Komunikasi dan Multimedia menggantikan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang dilantik menjadi Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, berkuat kuasa esok.

“Terima kasih kepada pucuk pimpinan parti terutamanya Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk menjadi barisan kabinet negara.

“Saya akan melaksanakan dasar-dasar kerajaan sebaik mungkin seperti yang dilaksanakan menteri sebelum ini.

“Saya percaya pengumuman barisan kabinet terbaru ini mampu menjadi satu pasukan terbaik dan terkuat dalam memastikan kemajuan negara terus berkembang,” katanya.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");