Sukan Hari Ini

Mourinho mahu tajam Falcao

PENGURUS Chelsea, Jose Mourinho dikatakan mahu mengembalikan semula ketajaman penyerangnya, Radamel Falcao sebaik saingan Liga Perdana Inggeris musim 2015/16 bermula pada Ogos depan.

Bintang asal Colombia itu menyertai Manchester United daripada AS Monaco pada musim lalu tetapi gagal menyinar di bawah kendalian Louis van Gaal.

Begitu pun, Mourinho yang sedang mencari pengganti sehebat Didier Drogba meyakini kemampuan Falcao untuk kembali menggegar jaring ketika beraksi di Atletico Madrid satu ketika dahulu.

Keputusan The Blues yang mengikat Falcao agak mengejutkan ramai pihak memandangkan aksinya bersama The Red Devils kurang menyerlah termasuk sekadar menjaringkan empat gol dalam 26 penampilan.

“Jika ada individu yang boleh mengembalikan pemain ke level terbaik mereka, Jose lah orangnya.

“Anda lihatlah Diego Costa yang baru tiba di Stamford Bridge, dia cukup ‘menjadi’ dengan pasukan barunya,” kata bekas bek Chelsea, Frank Sinclair.

Tambah Sinclair, ketika mewakili Manchester United, dia baru saja pulih daripada kecederaan dan berehat panjang sebelum berhijrah ke Old Trafford-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");