Sukan Hari Ini

Mourinho paling boros

KETIKA ini pengendali Chelsea, Jose Mourinho mengatakan pesaingnya sedang rancak berbelanja besar ibarat mahu membeli gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL), musim baharu ini.

Kata-katanya itu ditujukan kepada Manchester United, Manchester City, Liverpool dan Arsenal.

The Reds sudah membelanjakan 63.7 juta pound (RM400 juta) bagi mendapatkan Roberto Firmino, Nathaniel Clyne dan Christian Benteke.

Manakala The Red Devils turut berbelanja besar untuk pemain seperti Memphis Depay, Matteo Darmian, Bastian Schweinsteiger dan Morgan Schneiderlin.

Sedangkan The Blues hanya memperuntukkan kurang 14 juta pound (RM83 juta) untuk tiga pemain baharu, Nathan, Asmir Begovic dan Danilo Pantic.

Disebabkan itu, Mourinho dengan selamba menegaskan pesaingnya mahu ‘membeli’ gelaran EPL.

“Sekarang mereka sedang berusaha membeli kejuaraan,” kata Maurinho.

Hakikatnya, adakah Mourinho sedar siapa yang pada awalnya ‘membeli’ gelaran kejuaraan?

Mengikut laporan Independent dalam tempoh 10 tahun bermula 2004 hingga 2014, Mourinho sudah membelanjakan sebanyak 642 juta pound (lebih RM3 billion), satu nilai yang cukup besar untuk tiga kelab iaitu Chelsea, Inter Milan dan Real Madrid.

Jika dihitung, Mourinho mula aktif pada bursa perpindahan pemain sejak membimbing Chelsea pada 2004.

Tiada pengurus lain yang melakukan perbelanjaan besar seperti Mourinho pada ketika itu.

Sementara itu, bekas pengendali Real, Carlo Ancelotti pula berada di tangga kedua di belakang Mourinho.

Ancelotti membelanjakan 626 juta pound dalam tempoh sama ketika membimbing AC Milan, Chelsea, Paris Saint-Germain (PSG) dan Real Madrid.

Roberto Mancini pula menghuni tangga ketiga dengan jumlah perbelanjaan 481 juta pound untuk tiga kelab iaitu Inter Milan, Manchester City dan Galatasaray.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");