Sukan Hari Ini
Like

Mourinho restui Cech

July 3, 2015
82 Views
0 Comments
1 minute read
Mourinho restui Cech

PERPINDAHAN penjaga gol Republik Czech, Petr Cech daripada kelab juara Liga Perdana, Chelsea kepada Arsenal disokong pengurus kelab asalnya, Jose Mourinho.

Mourinho berkata, beliau lebih suka Cech, 33, kekal bersama Chelsea untuk musim ini tetapi selepas pemain itu bukan lagi menjadi pilihan pertama, beliau menyokong keputusan itu.

“Dia menjadi pemain yang baik untuk Chelsea selama 11 tahun dan membantu kelab ini memenangi hampir semua perlawanan.

“Saya selalu berkata saya mahu dia kekal tetapi memahami dan dia perlu untuk buat perpindahan.

“Kadang-kadang anda perlu menghormati hasrat seseorang yang begitu dihormati selepas perkhidmatan yang baik terhadap kelabnya.

Saya menyokong keputusan pemilik kelab untuk memberi penghormatan kepada pemain dengan cara ini,” kata Mourinho.

Cech melengkapkan perpindahan bernilai £10 juta (RM58.6 juta) untuk bersama Arsenal.

Kontrak yang ditandatangani Cech dianggarkan bernilai £100,000 (RM586,000) seminggu, menjadikan dia sebagai penjaga gol yang menerima bayaran paling tinggi dalam sejarah kelab itu dan juga dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

Cech meninggalkan Stamford Bridge selepas 11 tahun dan memaklumkan kepada pemiliknya, Roman Abramovich bahawa dia perlu meninggalkan kelab itu untuk terus berada dalam kesebelasan utama.-sinar harian

Komen & Pendapat

Leave a Reply