Panasnya Hari Ini

Mufti Perlis Kritik Lafaz Bai’ah PAS

KUALA LUMPUR: Sumpah bai’ah yang dilakukan oleh ahli dan pemimpin PAS terhadap parti boleh dianggap sebagai satu bentuk penganiayaan terhadap isteri dan anak-anak.

Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin telah mengkritik berhubung isu sumpah lafaz taat setia tersebut yang telah dibuat oleh ahli dan pimpinan parti tersebut.

Asri berkata, tujuan berpolitik adalah untuk menjadikan negara dan masyarakat ke arah yang lebih baik, namun sekiranya keharmonian rumah tangga menjadi cagaran, ianya akan memberi kesan yang buruk.

“Tujuan berpolitik sepatutnya untuk membina masyarakat dan negara yang lebih baik.

“Namun alangkah buruknya jika politik kepartian itu dijadikan cagaran sehingga memusnahkan rumah tangga,” katanya, memetik laporan Free Malaysia Today.

Beliau turut menegaskan bahawa lafaz ta’liq atau menceraikan isteri yang terkandung dalam bai’ah tersebut sekadar untuk menakutkan atau menyakinkan, maka tidak jatuh talak ke atas isteri.

Tambahnya lagi, jika ahli PAS maksudkan dalam erti kata lain bahawa mereka ingin menjatuhkan talak ke atas isterinya kerana melanggar sumpah, maka talaknya jatuh berdasarkan niat asalnya.

“Secara umumnya, saya bersetuju dengan pandangan Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah dalam al-Fatawa al-Kubra bahawa jika yang melafazkan ta’liq itu tidak berniat talak, tapi sekadar untuk meyakinkan ataupun menakutkan, maka talak tidak jatuh.

“Namun jika dia maksudkan dalam erti kata lain, dia memang ingin talakkan isterinya jika dia melanggar sumpah ataupun janji itu kerana malu ataupun kecewa, maka talaknya jatuh berdasarkan niat asalnya,” tegasnya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");