Panasnya Hari Ini

Muhyiddin Bukan Pengkhianat – Blogger

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak sepatutnya dilabelkan sebagai pengkhianat kerana segala pendapat yang dinyatakan oleh beliau turut berlegar di fikiran  rakyat.

Perkara itu diutarakan oleh seorang blogger politik, parpukari.blogspot.com.my melalui catatan terbaharunya hari ini.

Katanya lagi, terdapat pelbagai status dan artikel yang melabel Timbalan Perdana Menteri itu sebagai pengkhianat.

Tidak kurang juga yang mengatakan bahawa beliau ingin ‘membunuh’ Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selepas ucapan beliau ketika merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Cheras.

Terdahulu, Muhyiddin dalam ucapannya turut mengulas berkaitan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dikeluarkan oleh The Edge, meminta supaya ahli UMNO berhenti menghentam mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan juga situasi UMNO yang makin kelihatan goyah.

Menurut blogger tersebut, ahli-ahli UMNO seharusnya melihat isu yang terjadi secara realiti dan tidak terlalu membodek sehingga sanggup mengenepikan kebenaran.

“Kita kena buat ‘reality check’, jangan kerana nak membodek lebih sangat kita sanggup benamkan kebenaran dan sentiasa memberi laporan yang baik-baik sahaja kepada bos.

“Tak betul sikap macam ni…kita kena beritahu kebenaran walaupun benda itu pahit untuk ditelan,” jelasnya.

Tegas parpukari lagi, beliau tidak melihat sebarang kesalahan yang dilakukan oleh Timbalan Perdana Menteri dalam ucapannya kerana apa yang diceritakan oleh Muhyiddin adalah kerana sayangkan Presiden Parti.

“Mungkin akan ada yang kata kenapa tidak dicakap depan-depan , mungkin mereka tidak berkesempatan dan ini juga menunjukkan yang parti UMNO lebih terbuka daripada parti lain,”ujarnya.

Menurut blogger itu lagi, beliau berpendapat Muhyiddin merupakan seorang yang paling setia dengan Perdana Menteri.

“Tidak pernah nampak dia nak buat gerakan untuk jatuhkan Presiden parti walaupun dia berpeluang untuk berbuat begitu.

“Apa yang beliau katakan hanyalah untuk kebaikan parti sahaja,” tegasnya.

Beliau turut menyarankan agar semua ahli-ahli UMNO bersatu dan mencari jalan penyelesaian bagi menyelesaikan segala permasalahan yang berlaku.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");