Panasnya Hari Ini
Like

Muhyiddin Digugurkan Daripada Kabinet

July 28, 2015
53 Views
0 Comments
1 minute read
Muhyiddin Digugurkan Daripada Kabinet

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak mengumumkan rombakan kabinetnya sebentar tadi menerusi sidang media khas sekitar jam 1.58 petang sebentar tadi.

Seperti jangkaan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin disingkir daripada senarai kabinet dan diganti dengan Datuk Seri Dr Ahmad Hamidi.

Rombakan kabinet itu juga menyaksikan pengguguran empat menteri kanan  yang turut tersingkir.

Manakala beberapa individu yang sebelum ini tidak memegang portfolio dilantik semula ke kabinet

“Keputusan tersebut menukarkan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada Datuk Seri Dr Ahmad Hamidi dan pertukaran beberapa portfolio baharu dibuat setelah mengambil pertimbangan politik dan pentadbiran supaya sentiasa fokus kepada pentadbiran,” katanya.

Tambahnya perbezaan pendapat tidak patut dilakukan dan diceritakan secara umum di tempat terbuka yang hanya akan menjejaskan pandangan rakyat.

“Saya boleh terima perbezaan pendapat dan kritikan sebagai sebahagian proses membuat keputusan namun sebagai anggota Kabinet perbezaan pendapat dan pandangan tidak sepatutnya dilakukan dalam forum terbuka.

“Keputusan ini ternyata amat sukar tetapi terpaksa saya lakukan,” katanya lagi.

Antara yang dirombak, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal digugurkan daripada senarai dan digantikan dengan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, dan Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Hasan Malek pula digantikan oleh Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Komen & Pendapat

Leave a Reply