Panasnya Hari Ini

Muhyiddin Yassin Tak Kesal kritik 1MDB

KUALA LUMPUR:Bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui beliau tidak sedikit pun menyesal apabila tampil mengkritik kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Razak terutama berkaitan dengan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Memetik sumber laman Freemalaysiatoday,beliau berkata sebagai pemimpin beragama Islam, beliau tidak boleh berbohong mengenai situasi (1MDB) yang berlaku pada masa ini.

“Sebagai orang lama dalam politik, setelah apa yang berlaku, saya tidak boleh berbohong. Mungkin pandangan saya agak pedas, tetapi ia harus dilaksanakan,” katanya pada sidang media di rumahnya di Bukit Damansara pada Rabu.

“Isu besar 1MDB perlu lebih diberikan penjelasan. Sebab itu saya perlu mendapatkan maklumat lain untuk membantu siasatan,” katanya lagi.

Tambahnya lagi, para jemaah Menteri juga perlu diperjelaskan mengenai isu kontroversi 1MDB kerana selama ini maklumat yang diberikan tidak jelas.

Muhyiddin turut mengakui hanya diberitahu mengenainya pengumuman beliau digugurkan dalam barisan Kabinet,pada selasa lalu.

“Sewaktu dihubungi pada pukul 11.30 pagi, saya berada di Sendayan, Negeri Sembilan. Saya sedar bahawa majlis di Sendayan itu merupakan majlis terakhir saya sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Mengulas lanjut mengenai pertemuannya dengan Najib di Pejabat Perdana Menteri selepas itu, Muhyiddin berkata, beliau ada bertanya tentang tujuannya dipanggil oleh Najib dan jika ia berkaitan rombakan Kabinet.

“Dia (Najib) hanya mengangguk. Kemudian saya bertanya adakah saya tidak disenaraikan dalam Kabinet itu, dia (Najib) hanya angguk dan selepas itu, Najib hanya mengucapkan terima kasih,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");