Isu Panas

Muneandy tarik balik saman terhadap Palanivel

KUALA LUMPUR – Pengerusi Cawangan MIC Ampang Jaya, Datuk N Muneandy hari ini menarik balik saman yang difailkan bagi menghalang Datuk Seri G Palanivel menggelar dirinya sebagai presiden MIC.

Ia berikutan keputusan Mahkamah Rayuan semalam yang menolak rayuan Palanivel untuk mengetepikan arahan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Zaki Wahab merekodkan penarikan balik saman pemula itu di dalam kamar dengan dihadiri peguam A
Vasanthi yang mewakili Muneandy dan peguam S Ganesan bagi pihak Palanivel.

Vasanthi memberitahu pemberita bahawa mahkamah telah memerintahkan Muneandy membayar kos sebanyak RM5,000 kepada Palanivel dan menetapkan 28 Julai untuk menentukan jumlah kerugian yang ditanggung Palanivel.

Katanya, keputusan untuk menarik balik saman yang difailkan pada 2 Julai lalu adalah tepat setelah Mahkamah Rayuan membuat keputusan semalam dan sekiranya prosiding diteruskan, ia hanyalah perkara sia-sia.

“Mahkamah Rayuan telah mengekalkan arahan ROS dan proses pemilihan telah berjalan. Palanivel bukan lagi presiden MIC,” katanya.

Saman pemula itu merupakan permohonan injunksi bagi menghalang Palanivel daripada menggelar dirinya sebagai presiden parti, mengadakan mesyuarat atau meluluskan resolusi bagi pihak parti itu.

Semalam panel tiga aggota Mahkamah Rayuan, dipengerusikan Hakim Datuk Aziah Ali, memutuskan bahawa RoS tidak bertindak melampaui dan melebihi bidang kuasanya apabila mengeluarkan arahan supaya parti itu mengadakan pemilihan semula.

Selain Palanivel, turut membuat rayuan bagi perkara yang sama ialah bekas Naib Presiden MIC Datuk S. Sothinathan dan Datuk S. Balakrishnan, serta Setiausaha Agung MIC A. Prakash Rao yang merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 15 Jun, menolak permohonan semakan kehakiman mereka untuk membatalkan arahan ROS.

-Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");