Panasnya Hari Ini

Musa Hitam Cadang Tiga Pilihan Untuk Najib

KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam mencadangkan tiga pilihan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menepis segala tuduhan Wall Street Journal (WSJ) yang mendakwa bahawa dana kerajaan sebanyak RM2.67 bilion telah dipindahkan ke dalam akaun peribadinya.

“Najib boleh kekal menjadi Perdana Menteri dan berhadapan tuduhan itu, meletak jawatan atau bercuti bagi memberi laluan kepada siasatan yang sedang berlangsung.

“Saya dengan rendah diri mengesyorkan Najib melaksanakan pilihan ketiga iaitu bercuti buat sementara waktu bagi memudahkan cara siasatan non-partisan yang sedang berlangsung,” katanya dalam satu wawancara bersama Malaysian Insider.

Ujarnya lagi, jika Najib meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri, ianya umpama ‘sagu hati’ kepada negara dan akan memberi laluan kepada pelapis baharu dalam UMNO.

Memetik laporan Malaysian Insider lagi, sudah tiba masanya beliau menyuarakan pendapat berkenaan isu-isu yang sedang menyelubungi Negara.

“Negara ini dibina dengan indah walau bagaimana sekalipun anda melihatnya.

“Namun, perkara yang berlaku dalam negara kita sekarang pastinya menjerumuskan kita ke dasar dengan pantas…ke dalam situasi yang menjahanamkan diri kita sendiri…jika kita tidak bertindak,” tegasnya.

Terdahulu, Najib berhadapan dengan banyak pertuduhan daripada pelbagai pihak termasuklah berkaitan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan beberapa isu lain.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");