Membawang Hari Ini

Nadiya Nissa lunas impian

SELEPAS hampir empat tahun aktif di bulan Ramadan, pelakon manis, Nadiyya Nissa bersyukur apabila Ramadan kali ini dia dapat meluangkan masa sepenuhnya bersama keluarga.

Pemilik nama sebenar Nadiyatul Nisaa Kamaruddin ini turut memberitahu apabila sebelum Ramadan lalu dia ada memasang azam untuk berehat daripada sebarang penggambaran sepanjang bulan mulia ini.

“Impian saya sudah menjadi kenyataan apabila tidak ada penggambaran sepanjang bulan mulia ini,” katanya penuh gembira ketika ditemui Zass baru-baru ini.

Ruang kelapangan yang ada lantas dapat diisi dengan aktiviti bersama keluarganya apabila lebih empat tahun tidak dapat berpuasa bersama mereka dek kekangan kerja.

“Saya dapat susun jadual kerja dengan baik kali ini. Sebelum ini tak sempat solat Tarawih, tetapi tahun ini saya dapat melakukan solat sunat itu bersama keluarga, berbuka bersama dan yang penting dapat masak untuk keluarga dan sahur bersama,” katanya.

Berkongsi mengenai perancangan bersama keluarga untuk Ramadan ini, ibu kepada seorang anak ini berkata, dia dan ibunya merancang untuk memasak sendiri juadah berbuka tanpa pergi ke bazar Ramadan.

“Sebenarnya tahun ini saya dengan emak rancang tidak mahu pergi bazar Ramadan langsung. Jadi sementelah saya cuti, kerja kami sepanjang 30 hari berpuasa masak sendiri.

“Alhamdulillah sudah beberapa hari puasa ini, saya dapat berbuka puasa bersama keluarga dan masak sendiri. Melainkan tidak dapat berbuka bersama keluarga sekiranya perlu hadir jemputan berbuka di luar,” katanya yang juga sudah pandai membuat kuih keria sejak puasa ini.

Sebolehnya juga Ramadan ini, Nadiya Nissa mahu memakan kuih tradisional yang dibuat sendiri tanpa membelinya.

Bercerita pula mengenai perniagaan dalam talian yang menggunakan nama Norma, Nadiya berkata, sambutan terhadap perniagaan berunsurkan batiknya itu sangat menggalakkan.

“Apa sahaja yang saya pamerkan produk baru dalam talian pasti habis terjual. Ada juga pembeli dari Singapura dan Brunei membeli busana saya.

“Sebolehnya juga saya merancang untuk membuat sendiri batik itu dengan corak yang tersendiri,” katanya yang juga tidak bercadang untuk membuka kedai batiknya kerana selesa hanya di dalam talian.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");