Jenayah

Nahas bongkar wanita dibunuh

MARAN – Seorang wanita berusia 27 tahun dipercayai dibunuh sebelum terlibat dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta terbabas di Kilometer 163 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) menghala ke Kuantan kira-kira jam 9.20 pagi, Sabtu lalu.

Mayat wanita berkenaan ditemui dibalut dengan alas pelapik katil (kain tebal) di tempat duduk hadapan dengan kecederaan di bahagian leher sementara pemandu berusia 29 tahun itu patah tulang rusuk.

Kedua mereka difahamkan sepasang kekasih yang menjalinkan hubungan sejak tiga tahun lalu dan wanita tersebut bekerja sebagai juru tol serta tidak bercuti raya.

Ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur Kuantan itu mereka dikatakan berhenti di RnR Temerloh dan tidur di dalam kereta.

Ketua Polis Daerah Maran, ASP Mat Rizal Mat Radzi berkata, siasatan awal mendapati pemandu kereta jenis Perodua Viva itu dipercayai memandu dalam keadaan mengantuk kerana tiada kesan brek di tempat kejadian.

Menurutnya, semakan mendapati pemandu tersebut mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan kesalahan mencuri kenderaan di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan dan telah menjalani hukuman.

“Mayat wanita berkenaan dibawa ke Hospital Jengka untuk bedah siasat dan pemeriksaan mengesyaki wujud keraguan apabila tiada kecederaan luaran pada tubuh mangsa, hanya kesan lebam di tangan dan sedikit luka di mata serta keadaan muka seperti lemas.

“Kes diserahkan kepada pihak forensik dan kematian disahkan akibat kecederaan di bahagian leher serta mempunyai unsur jenayah.

“Kes dijeniskan semula dan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");