Jenayah

Nampak asap hitam dari jauh

BATU PAHAT – Sebuah keluarga di Kampung Parit Sapran Darat, Parit Karjo, di sini, tinggal sehelai sepinggang setelah kediaman mereka hangus dalam kebakaran jam 5 petang kelmarin.

Mangsa, Narimah Mohd Yusof, 40, berkata, semasa kejadian, dia dan suami, Mohd Azmi Ishak, 45, berada di bahagian dapur menyediakan kuih untuk dijual di sebuah kilang berhampiran.

Katanya, mereka dikejutkan jeritan anak bongsu, Muhamad Syahmi Zuhair, 7, yang menyatakan kediaman terbakar bermula di bilik bahagian hadapan.

“Saya dan suami terkejut bila anak bongsu saya lari ke arah kami. Kami pergi lihat apa yang berlaku rupanya sehelai tuala telah terbakar.

“Kami ambil sebaldi air untuk padamkan api, tetapi bila berpatah balik, api sudah marak dan hampir keseluruhan bilik terbakar.

“Kami terus keluar selamatkan diri tanpa sempat ambil barang-barang dalam rumah, termasuk dokumen pengenalan diri,” katanya.

Sementara itu, bapa Narimah, Mohd Yusof Ibrahim, 70, ketika kejadian dia dalam perjalanan pulang dari sebuah surau, dan terkejut melihat kediamannya musnah selepas tiba.

Katanya, dia ada melihat kepulan asap tebal ketika pulang, tetapi tidak menyangka ia datang dari rumah yang didiaminya selama 30 tahun.

“Bila sampai, saya lihat halaman sudah dikerumuni jiran dan rumah pula telah hangus.

“Anak dan menantu beritahu kebakaran cuma berlaku lebih kurang 15 minit dan mereka tak sempat selamatkan apa-apa, kecuali sebuah kereta dan juga sebuah motosikal,” katanya.

Dalam pada itu, Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Batu Pahat, Adnan Md Yassin berkata, pihaknya maklum dengan kejadian itu selain bantuan segera telah disalurkan.

“Bantuan jangka panjang akan diberi selepas penilaian dibuat, dan barangan keperluan harian telah disalurkan kepada mangsa,” katanya.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");