Sukan Hari Ini
Like

Nicol kekal unggul

July 3, 2015
43 Views
0 Comments
1 minute read
Nicol kekal unggul

RATU squasy negara, Datuk Nicol David mengekalkan kedudukannya sebagai pemain wanita nombor satu dunia untuk tempoh mengagumkan selama 108 bulan berdasarkan ranking terbaru Women’s International Squasy Player Association (Wispa) bagi Julai, yang dikeluarkan, kelmarin.

Pencapaian itu menyaksikan pemain berusia 31 tahun itu mengekalkan penguasaan berterusannya sebagai pemain nombor satu sejak Januari 2006, dengan pelbagai gelaran berprofil tinggi termasuk lapan Kejohanan Dunia.

Beliau berada di kedudukan teratas dari Januari hingga Mac 2006 sebelum Vanessa Atkinson dari Netherlands mengambil alih tempat selama empat bulan hingga Julai sebelum Nicol merampas kembali mahkota dari Ogos 2006 hingga sekarang.

Sementara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada Nicol yang mengekalkan posisinya sebagai pemain nombor satu dunia.

“@NicolDavid World No.1 for 9 straight years is an incredible achievement. You make us proud. Congratulations!” (@NicolDavid Pemain No 1 Dunia untuk tahun kesembilan berturut-turut adalah satu pencapaian hebat. Anda membanggakan kami. Tahniah!),” kata Najib dalam Twitternya.-sinar harian

Komen & Pendapat

Leave a Reply