Jenayah

Nyaris Tersembam Dalam Kawah

TUMPAT: Niat seorang pemuda membantu ibunya mengacau dodol tempahan raya, bertukar tragedi apabila tangannya tercelup ke dalam kawah berisi dodol yang sedang menggelegak di Kampung Laut, di sini.

Kejadian yang berlaku tiga hari sebelum umat Islam menyambut Aidilfitri itu menyebabkan mangsa, Mohd Amri Maarof, 22, melecur di tangan kiri separas siku dan masih dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).

Bapa tirinya, Zulkifli Mohd Yusof, 55, berkata, dalam kejadian sekitar jam 2 pagi itu, anaknya sedang mengacau dodol sambil berbual dengan rakan-rakan yang singgah di bangsal mengacau dodol dan serunding daging berhampiran rumah mereka.

“Tangan Mohd Amri ligat mengacau dodol, tapi mata tak pandang pun pada kawah. Leka berbual.. mata pandang kawan saja.

“Entah macam mana dia hampir tersembam ke dalam kawah selepas tangannya terlepas pada pengacau dodol itu,” katanya.

Menurut Zulkifli, tangan anaknya itu kemudian tercelup ke dalam dodol yang menggelegak ketika dia cuba mengelak daripada terjatuh ke dalam kawah berkenaan.

“Mujurlah dia sempat mengelak daripada tersembam ke dalam kawah, kalau tidak, seluruh badan dia akan melecur,” katanya.

Kata Zulkifli, anaknya itu beraya di HRPZ II dan sudah menjalani dua pembedahan kerana tangannya melecur teruk dan perlu ditampal kulit.

“Dodol itu sudah empat jam dikacau, tunggu nak masak saja. Tetapi benda nak berlaku, dengan sekelip mata saja boleh tangan tercelup ke dalam kawah,” katanya.

Menurutnya lagi, dia berharap anak keempat daripada lapan beradik itu cepat sembuh dan dapat keluar daripada hospital kerana sudah dua minggu ditahan di wad.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");