Jenayah

OKU maut motosikal dirempuh treler

BAGAN SERAI – Seorang remaja berstatus orang kurang upaya (OKU) maut setelah motosikal bertembung sebuah treler di Kilometer 99 Jalan Ipoh-Butterworth, berhampiran Sungai Kepar, di sini, malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob berkata, dalam kejadian pada jam 11.30 malam itu, mangsa, Mohamad Jamillul Ashraf Abdul Aziz, 19, yang menunggang motosikal jenis Yamaha LC 135, maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

Menurutnya, mangsa yang merupakan pelajar lembam dari Tanjung Piandang dikatakan dalam perjalanan dari Taiping menghala Bagan Serai.

“Siasatan polis mendapati sewaktu kejadian berlaku, mangsa dikatakan cuba memotong sebuah kenderaan dipercayai Perodua Myvi yang berada di hadapannya.

“Namun, sewaktu memintas kenderaan itu , mangsa difahamkan tidak menyedari kehadiran sebuah treler yang datang dari arah bertentangan.

“Mangsa cuba mengelak namun jarak yang terlalu dekat menyebabkan mangsa melanggar bahagian kiri bampar hadapan treler itu,” katanya kepada media di sini semalam.

Omar Bakhtiar berkata, akibat pelanggaran itu, mangsa dikatakan tercampak ke pinggir jalan dan disahkan maut di lokasi kejadian oleh pasukan paramedik.

Katanya, keterangan saksi yang juga pemandu treler terbabit turut menyatakan dia terkejut melihat mangsa memintas sebuah kenderaan dan masuk ke laluannya.

“Saksi menyatakan dia cuba mengelak ke bahu jalan namun gagal berikutan jarak antara motosikal mangsa dan treler begitu hampir.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Parit Buntar untuk dibedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");