Jenayah, Panasnya Hari Ini

Ops Kutip: Enam Lelaki Warga Pakistan Ditahan

ALOR SETAR: Pihak Imigresen Kedah telah berjaya menahan enam lelaki warga Pakistan dalam Ops Kutip yang dijalankan di Jalan Tok Pasai, Kuala Kedah, semalam.

Pengarah Imigresen Kedah, Mohamad Yusri Hashim berkata, dalam operasi yang dijalankan itu, pihaknya telah melakukan beberapa pemerikasaan terhadap beberapa orang warga asing di sekitar kawasan tersebut.

IMG-20150720-WA0033

“Hasil pemeriksaan, kami telah menangkap enam lelaki warga Pakistan yang berumur dalam lingkungan 20 hingga 28 tahun.

“Siasatan awal mendapati, tiga daripada mereka tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah dan tiga yang lain didapati melanggar syarat pas lawatan,”katanya dalam satu kenyataan media.

Katanya lagi, kesemua mereka telah ditahan di Lokap Imigresen di Jabatan Imigresen Malaysia Kedah untuk siasatan dan tindakan lanjut.

IMG-20150720-WA0031

“Dari maklumat dokumen yang mereka tunjukkan dan belum disahkan, mereka sepatutnya bekerja di Kota Tinggi, Johor dan juga Seremban, tetapi sebaliknya mereka berkeliaran di sini,”katanya.

Yusri turut berkata, pemeriksaan tersebut dilakukan berdasarkan maklumat yang diperolehi oleh orang ramai.

Ops Kutip yang diketuai oleh Penolong Pengarah Imigresen, Nar Azaman Ibrahim turut dibantu oleh empat orang pegawai Imigresen.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");