Panasnya Hari Ini

“Pandangan Tun M tidak boleh diketepikan” – Muhyiddin

KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menyatakan bahawa pandangan yang diutarakan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak boleh diabaikan.

Beliau berkata, ianya masih relevan dan masih boleh digunapakai untuk membantu pentadbiran parti dan juga negara.

“Pandangan seperti tokoh lama kita iaitu bekas Perdana Menteri tidak boleh diketepikan. Beliau ada pandangan dan beliau masih lagi cergas untuk memberi sumbangan

“Kita harus melihat yang mana sesuai yang boleh kita gunakan untuk membantu kerajaan dan parti, itu kita laksanakan,” tegasnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam satu sidang media yang diadakan di sini, hari ini.

Ujar Muhyiddin lagi, semua pihak harus menerima pandangan yang telah diberikan dengan bersikap terbuka demi kebaikan dan kemajuan negara.

“Jadi kita harus bersikap terbuka. Jangan kita memandang serong daripada pandangan sesiapa sekalipun termasuk Tun Dr Mahathir asalkan niat dan tujuannya adalah untuk kebaikan negara,” kata beliau lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");