Isu Panas

Pandikar didakwa salah guna kuasa tangguhkan PAC

KUALA LUMPUR – Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia didakwa menyalahgunakan kuasanya apabila menangguhkan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) sehingga pengerusi baharu dilantik.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara (PJU), Tony Pua menegaskan kekosongan itu boleh diambil alih oleh naib pengerusi tanpa perlu menunggu lantikan baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang.

“Tafsiran Pandikar dalam klausa 77(3) bahawa ketiadaan pengerusi ataupun naib pengerusi, tidak termasuk (peraturan mesyuarat) bila dilantik sebagai menteri.

“Ketiadaan itu kerana keuzuran atau mana-mana sebab, jawatankuasa hendaklah memilih salah seorang anggota menjadi pengerusi yang akan mempengerusikan mesyuarat PAC,” katanya pada sidang media di ibu pejabat DAP, di sini, hari ini.

Semalam, Pandikar menangguhkan mesyuarat PAC dan hanya diadakan semula selepas pelantikan pengerusinya yang baharu.

Beliau berkata ia adalah selaras dengan kehendak Peraturan Mesyuarat 77 Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

Ia berikutan pelantikan Datuk Nur Jazlan Mohamed sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri dan tiga lagi Ahli Dewan Rakyat iaitu Datuk Wilfred Madius Tangau, Datuk Mas Ermieyati Samsudin dan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, masing-masing sebagai Menteri dan Timbalan Menteri dalam senarai Kabinet Persekutuan yang baharu.

Pelantikan itu menyebabkan jawatan pengerusi dan ahli Jawatankuasa dalam PAC menjadi kosong selaras dengan Peraturan Mesyuarat 77 (4) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

Sehubungan itu, beliau menggesa Pandikar supaya menyemak semula keputusannya itu hanya kerana salah seorang ahlinya menjadi menteri lantikan.

“Pentafsiran peraturan mesyuarat oleh Pandikar sendiri telahpun menjadikan Parlimen kita dan pejabat Speaker sendiri sebagai bahan jenaka seluruh dunia.

“Kita harap Speaker dapat semak semula keputusannya itu, PAC tidak boleh berfungsi tanpa pengerusi ini,” ujarnya.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");