Isu Panas

Parti baharu: Bimbang jika suara Islam mengecil

KOTA BHARU – Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Ahmad Yakob berkata, dalam sistem demokrasi terpulang kepada mana-mana pihak termasuk bekas kepimpinan Pas untuk menubuhkan parti baru.

Menteri Besar Kelantan itu bagaimanapun mengakui bimbang kehadiran banyak parti yang berteraskan Islam akan menyebabkan suara akan menjadi lebih mengecil.

“Nak membentuk sebuah parti yang juga berasaskan kepada Islam itu saya rasa takut akan mengecilkan suara, banyak sangat parti Islam ini, bagaimanapun itu terpulang kepada pihak-pihak berkenan kerana kita mengamalkan demokrasi, nak tubuh parti… tubuhlah,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menerima kunjungan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin di Kota Darul Naim, hari ini.

Sementara itu dalam majlis berasingan di JKR 10, Pas Kelantan yang diketuai Ahmad mengumpulkan kekuatan dengan mengadakan pertemuan dengan ahli parlimen, adun dan sayap parti di peringkat negeri.

Pertemuan hampir dua jam itu dikatakan dibuat bagi memberi penerangan krisis perpecahan Pas di peringkat pusat, selain meminta semua pimpinan menyatakan sokongan kepada kepimpinan Kerajaan Pas Kelantan.

Ahmad ketika ditemui pemberita berkata, tindakan mengumpulkan semua pimpinan negeri ini untuk menyatakan bahawa mereka bersatu dalam dasar ketakwaan di bulan Ramadan dalam mempertahankan kerajaan Kelantan dalam berdepan dengan isu berbangkit.

“Bagi Kelantan kita istiqamah dan bersatu, sebab Kelantan ini asas utama sehingga negeri lain bangkit menang temasuk di Kedah dan Terengganu,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");