Panasnya Hari Ini

PAS Disingkir

KUALA LUMPUR:Berikutan pergolakan ideologi dan retakan hubungan diantara DAP dan PAS parti itu mengambil keputusan menyikirkan PAS daripada pembentukan gabungan pembangkang baharu selepas berakhirnya kerjasama dengan Pakatan Rakyat.

Memetik sumber daripada Mstar, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, PAS menjadi punca kepada tamatnya kerjasama dan gabungan iaitu Pakatan Rakyat.

“Semestinya tanpa PAS… Pakatan Rakyat berkubur kerana kepimpinan PAS melanggari dasar bersama yang dipersetujui sebelum ini.

“Mereka gagal untuk mengotakan janji dan tidak boleh dipercayai,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Aidilfitri di Parlimen di sini, Rabu.

Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah mengesahkan bahawa DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sudah mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan Gerakan Harapan Baru (GHB) yang berhasrat untuk menubuhkan parti politik baharu.

“Perbincangan berterusan sudahpun dibuat. Ada keperluan untuk mencari platform baharu bagi mendapatkan sokongan rakyat menjelang PRU-14.

“Kita sudah bincang mengenai platform baharu ini, sama ada Pakatan Baru, Pakatan Rakyat 2.0 atau Harapan Baru, kita belum tahu. Ia dalam proses untuk dibentuk,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");