Panasnya Hari Ini

PAS Gesa Dedahkan Nama Penyiasat Pasukan Petugas Khas 1MDB

KUALA LUMPUR: Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz selaku salah seorang yang mengetuai Pasukan Penyiasat Khas digesa supaya kesemua nama penyiasat yang terlibat dalam pasukan itu yang menyiasat isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) didedahkan.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, dengan mendedahkan nama penyiasat itu, siasatan yang lebih telus dapat dilakukan.

Katanya lagi, PAS bimbang dengan siasatan ke atas 1MDB selepas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail ditamatkan perkhidmatan lebih awal.

“PAS bimbang wujudnya gangguan dan campur tangan yang bakal menghalang Pasukan Petugas Khas ini daripada terus menyiasat isu 1MDB secara telus dan beramanah.

“Oleh itu, PAS memohon Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz dapat bertindak mendedahkan semua penyiasat dalam pasukan tersebut dengan segera,” katanya, memetik laporan Free Malaysia Today.

Ujarnya lagi, pendedahan itu membolehkan kesemua penyiasat tersebut dikenali dan mendapat sokongan rakyat bagi meneruskan siasatan terhadap 1MDB.

Tegasnya, dengan mendedahkan siapa sebenarnya mereka, ianya akan dapat menghalang individu yang berkepentingan daripada mengganggu siasatan yang dijalankan.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan juga, Tuan Ibrahim turut menggesa Zeti agar segera mengambil tindakan terhadap dakwaan yang mengaitkan namanya untuk menjatuhkan kerajaan.

“Oleh itu, sebarang usaha untuk menjatuhkan atau menggangu Tan Sri Zeti tatkala siasatan 1MDB rancak dijalankan hanya akan menambahkan persepsi umum.

“…..bahawa memang terdapat penyelewengan di dalam 1MDB dan kebenaran dakwaan bahawa duit 1MDB telah dimasukkan ke akaun persendirian milik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak,” jelasnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");