Isu Panas, Panasnya Hari Ini

PAS Perlu Beri Penjelasan Kepada Rakyat Selangor

KUALA LUMPUR: PAS perlu memberi penjelasan kepada rakyat berhubung pendirian parti itu berhubung penglibatan dalam pentadbiran kerajaan Negeri Selangor selepas memutuskan kerjasama politik dengan bekas rakan sekutunya, DAP.

Timbalan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA),Aminuddin Yahaya berkata, penjelasan daripada PAS sangat penting untuk mengelakkan rakyat keliru dengan keadaan politik di Selangor.

“PAS perlu jelaskan kepada rakyat Selangor kenapa masih duduk bersama DAP dalam kerajaan negeri, sedangkan mereka sudah memutuskan hubungan dengan DAP.

“Penjelasan ini perlu kerana kita tidak mahu rakyat terus keliru,”katanya, memetik laporan Free Malaysia Today.

Katanya lagi, PAS juga perlu bersedia untuk meninggalkan kerajaan Selangor sekiranya DAP masih kekal dalam kelompok tersebut.

“Jika PAS boleh berbuat demikian, barulah nampak kejantanan PAS,”tegasnya.

Menurutnya lagi, ISMA berpendapat keputusan yang dibuat oleh PAS adalah satu keputusan yang tepat kerana pertubuhan itu melihat kerjasama politik antara PAS dan DAP akan memberi kesan buruk kepada Islam dan PAS.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");