Isu Panas, Panasnya Hari Ini

PAS Perlu Berundur Dari Kerajaan

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar menegaskan, parti itu perlu berundur daripada Kerajaan Selangor dan Pulau Pinang selepas memutuskan hubungan dengan DAP.

“Majlis Syura Ulama PAS telah menyerahkan keputusan kepada Jawatankuasa Kerja PAS Pusat untuk dilaksanakan mengikut kesesuaian dan keperluan politik semasa.

“Saya hanya memberikan pandangan bahawa ahli PAS perlu berundur daripada kerajaan. Terpulang kepada mereka,”katanya, memetik laporan Sinar Harian.

Mahfuz berkata, keputusan yang dibuat oleh Majlis Syura Ulama PAS untuk memutuskan kerjasama politik dengan DAP akan memberi kesan terhadap kedudukan PAS dalam pentadbiran negeri Pulau Pinang dan Selangor.

Mahfuz turut berkata, PAS akan dilihat sebagai parti yang hipokrit sekiranya terus mempunyai hubungan dalam pemerintahan di dua buah negeri tersebut.

“Apabila PAS sudah mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan dengan DAP, maka PAS seharusnya tidak bekerjasama dengan DAP dalam kerajaan Pulau Pinang dan Selangor.

“Jika tidak, rakyat akan melihat PAS sebagai hipokrit kerana masih terus dilihat mempunyai hubungan dalam pemerintahan Selangor dan Pulau Pinang,”katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");