Isu Panas, Panasnya Hari Ini

PASMA Persoal Keputusan Majlis Syura Ulama

KUALA LUMPUR: Tindakan Majlis Syura Ulama PAS yang mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan dengan bekas rakan sekutunya, DAP telah menimbulkan persoalan Presiden PASMA, Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi.

Katanya, alasan yang diberikan oleh Majlis Syura PAS tidak dapat diterima kerana keputusan yang dibuat berdasarkan perbezaan pendapat dan bukannya di atas prinsip bersama.

Katanya lagi, provokasi DAP yang dikatakan bertentangan dengan semangat kerjasama dalam Pakatan Rakyat yang membawa kepada keputusan itu adalah bersifat umum.

“Majlis Syura Ulama PAS sepatutnya menyatakan kerjasama politik diantara PAS dan DAP adalah kerana DAP menolak hudud yang menjadi prinsip utama PAS,”katanya memetik laporan The Rakyat Post.

Beliau turut berkata, PAS juga perlu mengkaji semula tentang kerjasama yang akan diteruskan dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Katanya, PKR juga tidak menjadikan hudud sebagai agenda utama parti tersebut.

Beliau berkata, jika PAS memutuskan kerjasama politik dengan DAP kerana parti itu tidak memperjuangkan hudud, perkara yang sama perlu dilakukan terhadap PKR.

“Bagaimana Majlis Syura Ulama masih ingin bekerjasama dengan PKR yang tidak memperjuangkan hudud, tetapi dalam masa yang sama memutuskan hubungan dengan DAP yang mempunyai tujuan yang sama,”soalnya.

Terdahulu, Majlis Syura Ulama telah mengumumkan untuk menamatkan kerjasama politik dengan DAP, tetapi akan tetap meneruskan kerjasama dengan PKR.

Setiausahanya, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, keputusan yang dibuat adalah kerana provokasi berterusan yang dilakukan oleh DAP yang bertentangan dengan kerjasama Pakatan Rakyat, termasuklah campur tangan DAP dalam isu dalaman PAS.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");