Perak Hari Ini

Pekebun Kecil Seluruh Perak Terima Agihan Dividen RISDA RM17.2 juta

IPOH: Sejumlah RM17.2 juta melibatkan seramai 936 orang peserta Tanam Baru Berkelompok (RTBB) dan juga 4,649 orang peserta Tanam Semula Komersial (TSK) menerima agihan dividen Penubuhan Yayasan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) hari ini.

PERAKTODAY2

Majlis telah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian , Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Saarani Mohamad.

Ujarnya pengagihan dividen kali seperti kebiasaan yang dilakukan bagi penerima yang menjalankan penanaman getah melalui RISDA.

PERAKTODAY4

“Pengagihan dilakukan pada bulan Ramadhan untuk mengambil keberkatan dan sempena syawal yang hampir mudah-mudahan dividen ini dapat meringakan bebanan dan tanggungan pekebun kecil,” katanya.

Tambahnya lagi, agihan sebanyak RM17.2 juta melibatkan dua kategori tanam semula iaitu bagi peserta RTBB dan TSK yang terpilih.

PERAKTODAY3

“Mereka mendapat dividen mengikut keluasan tanah masing-masing,” beliau berkata demikian dalam satu sidang media sejurus selepas penyerahan dividen RISDA di Sungai Siput hari ini.

Hadir sama Pengarah RISDA, Ali Sabudin Abdul Samad dan Ahli Dewan Undangan negeri Kawasan Lintang, Datuk Mohd Zulkafly Haron.

Bagi peserta RTBB pula, RISDA telah mengagihkan dividen pada kadar sebanyak  RM800 bagi satu hektar tanah milik pekebun kecil dan  kali ini jumlah agihan yang paling rendah melibatkan penerima bagi satu hektar sebanyak RM1,976.80.

Manakala jumlah paling tinggi iaitu sebanyak 2.02 hektar tanah iaitu sebanyak RM4,000 diberikan kepada penerima berkenaan.

PERAKTODAY1

“Peserta TSK paling rendah iaitu satu hektar bersamaan 1.0 hektar membawa pulang RM 2,640 dan yang paling tinggi dengan keluasan 3.3 hektar dengan RM8,750,” katanya.

Peserta yang menerima dividen kali ini terdiri daripada seluruh negeri melibatkan bahagian Kuala Kangsar, Perak Tengah, Manjung, Taiping, Larut matang Selama, Hulu Perak, Tapah dan Batang Padang.

“Agihan dividen bergantung kepada harga komoditi dan bergantung sepenuhnya kepada hasil.. jika harga meningkat mereka rajin pasti hasilnya tinggi,” ujarnya lanjut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");