Panasnya Hari Ini

PEKIDA Nafi Terlibat Dalam Rusuhan Di Plaza Low Yat

KUALA LUMPUR: Kumpulan Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Se-Malaysia (PEKIDA) menafikan mereka terlibat dalam rusuhan yang berlaku di Plaza Low Yat malam tadi.

Menurut wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu, ahli-ahli PEKIDA tidak akan mengadakan sebarang perhimpunan jika tidak mendapat arahan.

“Sebelum mengadakan sebarang perhimpunan, kita mesti menerima arahan. Dalam kes ini, tiada arahan diberikan,”katanya, memetik laporan daripada Mstar.

Menurutnya lagi, PEKIDA kini menyerahkan kepada pihak polis untuk menyiasat punca sebenar berhubung insiden yang berlaku di Plaza Low Yat, semalam.

“Buat masa ini, kami tidak menerima sebarang laporan mengenai insiden tersebut.

“Kami sedang cuba menghubungi pihak berkuasa untuk fakta sebenar mengenai apa yang berlaku,”ujarnya.

Menurut wakil itu lagi, pihaknya yakin bahawa polis akan menyiasat insiden tersebut dengan telus adil dan menyeluruh.

“Dengan siasatan yang telus, adil dan menyeluruh, saya yakin perkara ini dapat diselesaikan.

“Sebarang isu perkauman dan elemen yang boleh menghancurkan keharmonian kaum di Negara ini dapat dielakkan,”tegasnya.

Terdahulu, suasana di sekitar Plaza Low Yat kecoh apabila berlaku rusuhan yang dikatakan berpunca daripada seorang pelanggan mendakwa beliau ditipu oleh penjual telefon bimbit pintar di pusat membeli belah berkenaan.

Dalam rusuhan yang berlaku semalam, kira-kira 50 hingga 60 lelaki telah merempuh masuk melalui kedai makan yang berhampiran dengan pusat membeli belah berkenaan.

Dalam rusuhan yang berlaku malam tadi, lima orang cedera termasuklah dua orang pengamal media.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");