Jenayah

Pemandu lori maut tersepit

KULIM – Seorang pemandu lori berusia 54 tahun ditemui mati tersepit pada kenderaannya akibat terbabas ke dalam tali air dekat situ, petang kelmarin.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 3 petang apabila mangsa yang memandu lori dari Kampung Ceruk Kedah Ulu Mahang ke Pekan Mahang terbabas ketika ingin keluar simpang.

Menurut sumber, mangsa tersebut mengalami kecederaan parah di beberapa bahagian badan akibat tersepit di tempat duduk pemandu.

“Beberapa bahagian badannya cedera akibat tersepit, kerja menyelamat dan mengeluarkan mangsa telah dilakukan pihak bomba kira-kira jam 3.45 petang.

“Mangsa yang maut di tempat kejadian dihantar ke hospital untuk tindakan lanjut,” katanya kepada Sinar Harian.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");