Isu Panas

Pemimpin Pas ketandusan idea

KUALA TERENGGANU – Sesetengah pemimpin Pas Kawasan Kuala Terengganu disifatkan terdesak menjadi calon pada PRU14 melalui tindakan mereka yang seolah-olah cuba menjadi hero dengan mempolitikkan isu tertentu di parlimen berkenaan.

Timbalan Ketua Umno Bahagian Kuala Terengganu, Datuk Wan Hisham Wan Salleh berkata, perkara yang tidak perlu dipolitikkan, menjadi modal pembangkang termasuk isu Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman bersahur bersama 3,000 mat rempit di Kompleks Sukan Gong Badak, baru-baru ini.

Menurutnya, keadaan itu memperlihatkan pembangkang ketandusan idea sehingga mempolitikkan setiap perkara dibuat Umno dan kerajaan negeri.

“Isu sahur bukan isu parti. Kita bersahur dengan mat rempit (sepatutnya) tiada isu, tetapi (mereka) terlalu mempolitikkan benda yang tidak perlu.

“Yang bukan isu cuba dijadikan isu, menampakkan mereka cuba menonjolkan diri. Mungkin sebab mereka melihat wakil rakyat Pas yang ada sekarang sudah ‘senja’, sudah hendak bersara,” katanya.

Dalam pada itu, Wan Hisham turut terkilan dengan Ketua Penerangan Pas Kawasan Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim yang seolah-olah menyalahkan kerajaan negeri berhubung isu di Kampung Tanjung Paya yang turut termasuk dalam pelan pembangunan kerajaan bagi projek Pusat Bandar Kuala Terengganu (KTCC).

Menurutnya, isu yang ditimbulkan adalah mengenai pagar didirikan seorang penduduk di situ sehingga menghalang laluan menyebabkan beberapa pemilik rumah di kawasan itu terkepung.

Beliau menegaskan, perkara itu tiada kaitan langsung dengan kerajaan negeri kerana laluan ditutup seorang pemilik tanah, namun kerajaan negeri melalui Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) sudah mengambil tindakan bagi menyelesaikan perkara itu.

“Isu itu diselesaikan MBKT yang telah berunding supaya tuan tanah beri laluan sementara agar tidak timbul soal mereka yang terkepung,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");