Panasnya Hari Ini

Pemuda UMNO Johor Sokong Muhyiddin

KUALA LUMPUR: Pemuda UMNO Johor bersetuju dengan dengan kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam.

Ketuanya, Hahasrin Hashim berkata, parti utama orang Melayu itu telah kehilangan daya penarik, atau ‘wow factor’.

Katanya lagi, disebabkan perkara itu, UMNO kini bukan lagi parti yang paling dihormati.

“Kepimpinan tertinggi UMNO perlu bertindak terhadap semua isu yang timbul dan bukan bercakap kosong,”tegasnya.

Terdahulu, Muhyiddin telah bertindak mendesak kerajaan supaya mengambil langkah segera bagi menyelesaikan permasalahan negara, terutamanya yang melibatkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Muhyiddin yang merupakan Timbalan Presiden UMNO berkata, isu-isu yang berlaku kini bakal menjadi satu bebanan kepada UMNO sebagai parti yang mendukung kerajaan.

“Kami mahu apa yang diketengahkan oleh Timbalan Perdana Menteri semalam, diterjemahkan dalam bentuk tindakan dalam masa secepat mungkin.

“Ini termasuklah isu ekonomi, kos sara hidup, perlaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), masalah perumahan dan bebanan hutang 1MDB,”ujarnya.

Katanya lagi, tindakan segera perlu dilakukan bagi proses penstrukturan semula kerajaan, parti atau semua syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");