Berita Hari Ini

Pemuda UMNO tunggu keputusan Jawatankuasa Khas

Kuala Nerus: Pemuda UMNO sedang menunggu keputusan berhubung 1MBD yang dijalankan Jawatankuasa Khas yang akan diperoleh dalam masa terdekat.

Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, segala tindakan susulan akan dibuat selepas menerima keputusan daripada jawatankuasa khas yang dianggotai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan peguam negara.

“Tindakan susulan itu berkaitan pendirian Pemuda berhubung hal berkenaan.

“Terlalu awal untuk kita memberi sebarang reaksi berkaitan hal itu,” katanya ketika ditemui dalam Majlis Berbuka Puasa Bersama Orang Muda di Stadium Tertutup Gong Badak, di sini.

Beliau yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata, semua pihak perlu memberi peluang dan sokongan kepada jawatankuasa siasatan berhubung hal berkenaan.

“Tidak timbul sebarang isu terhadap sokongan Pemuda kepada Perdana Menteri sehingga hasil siasat diperoleh,” katanya.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");